PERTUBUHAN KEBAJIKAN ​MASYARAKAT MARHAEN ​TAIPING (KMM)

RAKAN STRATEGIK:

Siapakah ​kami?

PERTUBUHAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MARHAEN TAIPING (KMM) ​telah didaftarkan secara rasmi di bawah Pendaftar Pertubuhan ​Malaysia (ROS) pada 13 September 2019. Nombor pendaftaran KMM ​ialah PPM-005-08-13092019.


Kmm juga adalah sebuah ngo kebajikan yang mempunyai sukarelawan ​daripada pelbagai lapisan umur. Sukarelawan kmm juga terdiri ​daripada pelbagai kaum seperti melayu, india dan cina. Jom sertai ​kami sebagai sukarelawan.

FASILITI-FASILITI KMM

LOT 1566 JALAN SIMPANG 34000

TAIPING PERAK

Gerai PKNP G-2 Dataran Amanjaya Gunung Semanggol,

34400 Simpang Empat Semanggol Perak

F1/1, PPR Simpang Perdana, Batu 2 1/2

34000 Taiping, Perak

RUMAH TRANSIT ​RAKAN JALANAN ​TAIPING

01.

FUNGSI RUMAH TRANSIT

RAKAN JALANAN TAIPING

  1. Pusat gerakan ngo KMM.
  2. Tempat perlindungan sementara ​untuk mereka yang mempunyai ​masalah.
  3. Penghubung antara asnaf dan ​agensi kerajaan yang berkaitan.
  4. Menyediakan khidmat nasihat ​mengenai pelbagai jenis bantuan ​yang disediakan oleh kerajaan.
  5. Pusat sehenti untuk mendapatkan ​pelbagai jenis borang agensi ​seperti JKM, Baitulmal, Yayasan ​Perak dan lain-lain.
  6. Menyediakan khidmat kaunseling.
  7. Menyediakan khidmat nasihat ​berkaitan "mental awareness"
  8. Tempat menjalankan semua ​aktiviti yang berkaitan.
Triangle Frame Outline

02.

SYARAT KEMASUKAN

KE RUMAH TRANSIT

  1. Boleh menguruskan diri.
  2. Tidak terlibat dengan dadah.
  3. Mahu bekerja.
  4. Maksima selama 2 bulan sahaja.
  5. Dibenarkan masuk jam 6 petang ​setiap hari untuk tidur dan keluar ​bekerja keesokan paginya.
  6. Boleh bertoleransi dengan semua ​jenis kaum.
  7. Boleh mengikut peraturan di ​rumah transit.

“When dealing with people, remember you

are not dealing with creatures of logic,

but with creatures of emotion.”

- Dale Carnegie -

DAPUR KOMUNITI KMM

Dapur komuniti KMM terletak di Dataran Amanjaya Gunung Semanggol. Berfungsi sebagai tempat ​komuniti dari golongan ibu tunggal dan asnaf menimba ilmu amali berkaitan bakeri, kek, roti dan pastri.

Dapur komuniti juga berfungsi sebagai pejabat untuk penduduk sekitar meminta nasihat mengenai ​bantuan-bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Dapur komuniti ditaja oleh APPGM-SDG.

01.

FUNGSI DAPUR KOMUNITI

  1. Tempat melahirkan usahawan-​usahawan bakeri melalui ​program selama 3 bulan dengan ​tajaan APPGM-SDG.
  2. Digunakan juga sebagai tempat ​menuntut ilmu seperti kelas ​masakan, gubahan dan lain-lain ​oleh komuniti Semanggol ​dengan bayaran serendah rm4 ​seorang.
  3. Menyediakan khidmat nasihat ​mengenai pelbagai jenis ​bantuan yang disediakan oleh ​kerajaan.
  4. Pusat sehenti untuk ​mendapatkan pelbagai jenis ​borang agensi seperti JKM, ​Baitulmal, Yayasan Perak dan ​lain-lain.
Triangle Frame Outline

02.

PROGRAM USAHAWAN BAKERI

  1. Peserta dipilih dikalangan ibu ​tunggal dan wanita kategori B40.
  2. Program selama 3 bulan.
  3. 80% silibus program ialah ​latihan praktikal membuat kuih ​moden / tradisional, pastri, kek, ​roti dan gubahan bunga / ​cokelat.
  4. 20% lagi peserta diajar ilmu ​seperti cara membuat konten ​media masa yang berkesan, ​bengkel aplikasi "CANVA", ​bengkel SSM dan sebagainya.
  5. Program ditaja oleh pihak ​APPGM-SDG.
  6. Setelah tamat program peserta ​akan dipantau selama 6 bulan.


tutor  icon

GEDUNG ILMU MARHAEN

GEDUNG ILMU MARHAEN

Fungsi:

  1. Kelas tambahan percuma untuk ​anak-anak penduduk Flat PPR ​Simpang Perdana.
  2. Kelas dijalankan setiap minggu.
  3. Pusat aduan masalah penghuni flat ​PPR.
  4. Pusat sehenti untuk mendapatkan ​pelbagai jenis borang agensi seperti ​JKM, Baitulmal, Yayasan Perak dan ​lain-lain.
  5. Ditaja oleh Lembaga Perumahan dan ​Hartanah Negeri Perak (LPHP).


Bersama CEO Lembaga Perumahan dan Hartanah ​Negeri Perak Tuan Mohamed Akmal Bin Dahalan ​membincangkan tentang penubuhan GEDUNG ILMU ​MARHAEN di Flat PPR Simpang Perdana Taiping.

KMM

DAN


Gabungan SDG CSO Malaysia telah ditubuhkan pada akhir 2015 selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ​melancarkan MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN / SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOAL (SDG) sebagai ​agenda 2030 dengan 17 matlamat SDG.


Sejarah Awal (2015-2018)


Rangkaian Malaysia dihoskan oleh PROHAM –Society for the Promotion of Human Rights dan ISIS Malaysia, ​dengan kedua-dua Prof Datuk Dr Denison Jayasooria dan Dr Hezri Adnan mempengerusikan bersama mesyuarat ​awal. Dari tahun-tahun awal antara 2015 dan 2019, gabungan ini berfungsi sebagai rangkaian penyelaras ​organisasi masyarakat sivil, NGO, institusi akademik, dan badan pemikir mengenai SDG. Ia merupakan gabungan ​pertubuhan longgar yang membuat perwakilan terus kepada EPU mengenai perkara SDG.

CSO & NGO dengan tumpuan terhadap kebimbangan ekonomi, sosial dan alam sekitar mula membentuk rangkaian ​dalam kedua-dua agenda pembangunan nasional dan global. Ini termasuk organisasi yang bekerja dalam kalangan ​kanak-kanak dan belia, dalam kalangan wanita, dalam kalangan orang asli, dalam kalangan orang miskin (luar ​bandar dan bandar) dan orang kurang upaya, termasuk organisasi hak asasi manusia, dan organisasi sosial dan ​alam sekitar.


Gabungan ini telah aktif dalam memberikan input kepada penggubalan Pelan Hala Tuju SDG dan Kajian Sukarela ​Kebangsaan (2017 dan 2021). Sejak 2016, gabungan ini telah menjadi ahli Jawatankuasa Pemandu SDG ​Kebangsaan, yang dibentuk oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Ia mengambil bahagian ​dalam perhimpunan SDG kebangsaan pada 2016 dan 2019 serta telah aktif di peringkat global di Forum Politik ​Peringkat Tinggi (HLPF pada 2017 dan 2021 apabila Malaysia membentangkan laporan VNR.

Peranan utama gabungan ini adalah advokasi dasar, tetapi ini berubah dengan pembentukan APPGM SDG apabila ​gabungan ini menjadi sekretariat dan mengambil agenda utama untuk promosi SDG di peringkat tempatan dengan ​bekerjasama dengan ahli parlimen.

Gabungan ini telah aktif dalam Kumpulan Pembaharuan CSO, yang merupakan rangkaian CSO nasional yang lebih ​luas di Malaysia sejak penubuhannya pada 2018 sebagai kluster kemampanan.


MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN / ​Sustainable Development Goals (SDG)

Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ialah agenda teras 2030 dalam pembangunan mampan yang ​telah dipersetujui oleh pemimpin dunia pada 25 September 2015 di Persidangan Pertubuhan Bangsa-​Bangsa Bersatu. SDG adalah kesinambungan kepada agenda pembangunan selepas Matlamat ​Pembangunan Milenium (MDG) berakhir pada tahun 2015. MDGs terdiri daripada 8 Matlamat dan 21 ​Sasaran. Manakala SDG diperluaskan kepada 17 Matlamat dan 169 Sasaran yang meneruskan matlamat ​untuk mencapai agenda 2030 dalam kestabilan dalam tiga dimensi pembangunan mampan iaitu sosial, ​ekonomi dan alam sekitar.


Agenda 2030 ialah komitmen global ke arah pembangunan yang lebih mampan, berdaya tahan dan ​inklusif. Rangka kerja penunjuk global yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-​Bangsa Bersatu terdiri daripada 244 penunjuk global. Rangka kerja penunjuk telah disemak pada 2019 ​dan dibentangkan kepada Suruhanjaya Perangkaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) ke-51 ​pada Mac 2020. Pada masa ini, terdapat 247 penunjuk SDG yang dipersetujui dan diterima pakai untuk ​pemantauan Agenda 2030.


17 MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDG)

Kesemua 17 objektif global Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) PBB ​merupakan bahagian penting dalam rancangan pembangunan jangka panjang ​Malaysia, dan termasuk dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (2021-2025).

PROGRAM KMM BERSAMA APPGM-SDG

INCOME GENERATE PROGRAM (3 BULAN):

  1. Y22 / SP030
  2. Y22 / SP136
  3. Y23 / SP011
  4. Y23 / SP022
  5. Y24 / SP017

YOUTH CAMP (3 HARI 2 MALAM):

  1. Y24 / YC001
  2. Y23 / YC010

KEJIRANAN INKLUSIF:

  1. Y23 NP002

PROJEK SOLUSI SDG (Y022 / SP:030)

USAHAWAN BERJAYA: KEJAYAAN DEMI KEBAHAGIAAN (UBKDK)

Program ini dikenali sebagai Usahawan Berjaya: ​Kejayaan Demi Kebahagiaan (UBKDK) dipadankan ​dengan prioriti SDG untuk melahirkan usahawan-​usahawan yang lestari dan serba boleh.


program UBKDK akan membantu usahawan sebaik ​mungkin bagi mencapai 3 daripada 17 matlamat SDG. ​Tiga matlamat tersebut ialah:

  • Tiada kemiskinan (SDG 1)
  • Pendidikan berkualiti (SDG 4)
  • Pekerjaan yang baik dan pertumbuhan ekonomi ​(SDG8)


Seramai 13 orang telah dipilih daripada kumpulan b40. ​pecahannya seperti berikut:


OKU: 3 orang

Ibu tunggal: 2 orang

Belia (bawah 40 tahun): 7 orang

Dewasa: (lebih 40 tahun): 1 orang

JUMLAH: 13 orang


program ini mengambil masa selama 3 bulan.

TAJUK - TAJUK DIDALAM UBKDK

a. Asas perniagaan

b. Pengurusan kewangan

c. Pengiklanan media sosial dan e-dagang.

d. SSM / Pendaftaran perniagaan.

e. Bantuan dan pinjamAN dari kerajaan dan swasta.

f. Bengkel fotografi dan rekaan lanjutan.

g. Socso / Perkeso.

h. Penggunaan aplikasi CANVA.

i. Tik tok untuk perniagaan.

j. Bengkel perniagaan sampingan.



KMM

DAN

AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 7 Ogos ​2020 menggunakan pendekatan WHOLE OF NATION iaitu penglibatan secara menyeluruh Agensi ​Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan Swasta serta rakyat bagi memastikan pelaksanaannya adalah secara ​menyeluruh. ANMS adalah tawaran baharu kerajaan (new deal) yang bertujuan MENJADIKAN RAKYAT ​MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA MELALUI PEMBUDAYAAN HIDUP SIHAT DAN KELESTARIAN PERSEKITARAN ​YANG MENYOKONG KESEJAHTERAAN KESIHATAN. ANMS meletakkan peningkatan taraf kesihatan rakyat ​Malaysia sebagai keutamaan melalui pembudayaan hidup sihat seperti hidup aktif, makan secara sihat ​dan selamat, tidak merokok, minda sihat serta kebersihan diri dan kebersihan persekitaran.


Terdapat empat objektif ANMS seperti berikut:

1. Mempromosi pembudayaan hidup sihat untuk meningkatkan kesejahteraan kesihatan.

2. Menyediakan persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan.

3. Memperkasakan individu dan komuniti dalam kawalan kesihatan kendiri.

4. Memperkukuh kerjasama dalam kalangan pemegang taruh untuk mencapai kesejahteraan kesihatan.


Hubungi ​kami:

SUMBANGAN atau BANTUAN

boleh disalurkan di:

5580 5134 9924

PERTUBUHAN KEBAJIKAN

MASYARAKAT MARHAEN

Biller Code: 827410

Ref-1: KMM

Untuk menderma sila

klik logo dibawah.

Donations

ALAMAT:

IBU PEJABAT KMM

RUMAH TRANSIT RAKAN JALANAN TAIPING

LOT 1566 JALAN SIMPANG,

34000 TAIPING

PERAK

Telephone Glyph Icon
Simple Youtube Icon
Facebook
email
Map Location Icon